skip to Main Content

Tadika Raudhah Imtiaz

Tadika Raudhah telah diasaskan pada bulan 1 Februari 2001 hasil usaha pengasasnya Hilmi Ismail. Ketika itu tadika ini dikenali sebagai Tadika Tahfiz Bistari (TTB). Idea penubuhannya terhasil setelah beliau melihat ‘vacum’ yang begitu ketara di dalam masyarakat terhadap pendidikan bersepadu dan seimbang. Konsep pendidikan di Tadika Raudhah yang menekan kecemerlangan akademik disamping pembinaan peribadi yang unggul telah mendapat sambutan yang agak baik di kalangan masyarakat khususnya ibu bapa.

Di awal penubuhannya tadika ini telah mempunyai seramai 40 orang pelajar perintis. Tenaga pengajar dan kakitangan ketika itu ialah seramai 5 orang dengan menggunakan sebuah bangunan di alamat No 1, Taman Sri Cendana, Jalan Pengkalan Sir, 24000, Cukai, Kemaman, Terengganu. Kedudukan yang strategik berhampiran dengan pusat Bandar Cukai, Kemaman serta beberapa kawasan perumahan besar telah menjadikan ia suatu pilihan yang amat strategik untuk para ibu bapa. Malah kedudukannya juga berhampiran dengan 3 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah telah menjadikan penubuhan sebagai suatu alternatif pendidikan pra sekolah yang baik kepada masyarakat setempat.

TTB telah ditukar namanya kepada Tadika Raudhah pada tahun 2003 mengambil sempena kemasukan pengurus barunya iaitu Puan Teh Sofia Sidek yang telah menampilkan suatu dimensi baru kepada kemajuan Tadika Raudhah ini. Tahun 2003 juga telah mencatatkan penubuhan Taska Raudhah yang mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat setempat sehingga ke hari ini. Pada bulan Julai 2005 juga Tadika Raudhah Cawangan Taman Sri Geliga, Kemaman telah ditubuhkan. Manakala Tadika Rudhah Cawangan Taman Sri Buyong telah mula beroperasi pada bulan November 2009.

Pada bulan Mei 2008 perkataan ‘Imtiaz’ yang bererti ‘Cemerlang’ dalam Bahasa Arab telah ditambah kepada Tadika Raudhah Imtiaz sebagai memenuhi tuntutan Pendaftaran Syarikat dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Pada hari ini jumlah pelajar Tadika Raudhah telah mencapai hampir 400 orang. Pada 5 Julai 2007 Tadika Raudhah Induk telah membina bangunannya sendiri dengan keluasan 60 x 95 kaki persegi di tanah atas sebidang tanah seluas 3/4 ekar berhampiran dengan tadika yang sedia ada.

Pada tahun 2009 Tadika Raudhah telah melantik konsultan luar dan berpengalaman untuk menilai kurikulum Raudhah sehingga menghasilkan modul pengajaran Raudhah dan pembinaan peribadi yang digunakan sehingga ke hari ini.

Pada tahun 2011, Tadika Raudhah Imtiaz telah membina ‘Play Ground’ dengan kos RM 15 ribu bagi memberi keseronokan dan pendidikan fizikal kepada para pelajar.

Bulan Disember 2013 memulakan pembinaan bangunan tambahan berkeluasan 30 x 30 kaki persegi bagi mewujudkan 4 buah kelas baru di bahagian hadapan bangunan induk Raudhah.

Tahun 2015 membina kawasan paking kereta bersemin di bahagian hadapan tadika dengan kos RM 15 ribu sekaligus untuk memberi keselesaan kepada ibu bapa.

Pada Januari 2016 memindahkan Tadika Raudhah Cawangan Geliga ke bangunan baru yang lebih selesa di Taman Banggol Permai, Berenjut dengan jumlah pelajar Tadika 42 orang dan 6 orang pelajar KAFA Transit. Pada Oktober 2016 menubuhkan Tadika Raudhah Cawangan Binjai di Taman Koperasi Perdana.

Pada 20 November 2016 Tadika Raudhah Imtiaz telah memulakan membina bangunan tambahan dengan keluasan 26 x 48 kaki persegi. Bagunan ini dibina bertujuan untuk mengasingkan pelajar Kafa Dan Transit Raudhah sekaligus memberi keselesaan kepada pelajar.

Pada 1 Disember 2017, Tadika Raudhah Imtiaz menubuhkan Tadika Raudhah Imtiaz Cawangan Bukit Kuang. Tadika ini kemudiannya berpindah ke jalan besar Kemaman – Dungun Bukit Kuang pada 15 Disember 2019 untuk mendapatkan lokasi yang lebih startegik sebagai perancangan perkembangan pasaran.

Pada 19 September 2019 Tadika Raudhah Imtiaz telah bertukar dari enterprise kepada syarikat Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd atau dengan singkatan RIZH.

Justeru itu dengan penubuhan RIZH sejak 20 tahun lalu menjadi pengalaman yang cukup berharga dalam pendidikan awal kanak-kanak yang boleh dikongsikan kepada masyarakat dan para usahawan.

Konsep pendidikan yang menekan kesinambungan pembinaan keperibadian Islam dan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik menjadi daya tarikan yang kuat kepada masyarakat untuk ia terus berkembang sehingga ke hari ini. Sejak sesi 2017 sehingga kini pelajar RIZH telah melebihi 400 orang untuk di daerah Kemaman, Terengganu sahaja.

Ingin sertai ‘Licensee’ Perniagaan RIZH ?

Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd mencari mereka yang ingin bergabung dengan kami melalui penglibatan keusahawan dibawah jenama RIZH. Isi borang di sebelah dan kami akan hubungi anda semula. Untuk mendapat respond permohonan segera boleh Whatsapp ke 012 9522 788

[]
1 Step 1
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder
Follow TRIZ di media sosial:
Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd

6742, Jalan Pengkalan Sir, 24000, Cukai, Kemaman, Terengganu.

raudhahimtiaz01@gmail.com

Privacy Policy Terms and Conditions © Copyright. Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd | All Right Reserved. fidodesign.net - Malaysia Freelance Web DesignerPapadom Marketing - Digital Marketing Expert Malaysia

Back To Top


"Pilihan terbaik untuk anak kite"

Copyright © Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd. All Rights Reserved. fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer Papadom Marketing - Digital Marketing Expert Malaysia

error: Content is protected !!