skip to Main Content

PELUANG ‘LISENCEE’ (BISNES) RIZH

Selamat datang ke ke halaman Peluang ‘Licencee’ (Bisnes) RIZH. Laman ini bertujuan untuk berkomunikasi dengan bakal usahawan yang berminat untuk membuka perniagaan tadika mereka sendiri menggunakan jenama Program Raudhah Imtiaz (RIZH).

Kami ingin mencari mereka yang ingin bergabung bersama kami untuk memartabatkan nilai-nilai murni pendidikan Islam melalui penglibatan keusahawan dibawah jenama RIZH. Kami menjemput anda mengikuti siri-siri seminar keusahawanan Raudhah Imtiaz kami. InsyAllah latihan lengkap A-Z akan diberikan kepada pemegang lesen RIZH untuk menjamin kesinambungan program dan kualiti yang setanding dengan Raudhah Imtiaz Induk.

Syarat kelayakan pemohon untuk menjalankan program RIZH ialah :

  1. Muslim dan mematuhi syariat Islam
  2. Mempunyai pengalaman dalam pendidikan Awal kanak-kanak
  3. Mempunyai ijazah dalam mana-mana bidang atau sekurang-kurangnya diploma dengan pengalaman yang berkaitan.
  4. Sanggup belajar, patuh kepada pemilik dan pemberi lesen serta mampu mengikuti segala latihan wajib yang ditetapkan oleh RIZH serta boleh bekerja secara berpasukan dengan RIZH dalam jangkamasa yang panjang
  5. Memiliki keinginan untuk menjalankan perniagaan tadika RIZH secara sepenuh masa, atau pelabur yang membiayai pihak lain yang berdedikasi sepenuh masa merangkap wakil pelabur untuk menjalankan Pusat Bertauliah RIZH.
  6. Mempunyai integriti, menghormati harta intelek dan hak tanda dagangan oleh pemberi lesen (RIZH) TIDAK mempunyai niat untuk membuka jenama tadika sendiri dengan menggunakan RIZH sebagai batu loncatan.

SEMINAR KEUSAHAWANAN RIZH

Setiap bulan, Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd. akan menganjurkan seminar 3 Jam keusahwanan RIZH di pelbagai tempat dan negeri. Hanya mereka yang disenarai pendek oleh RIZH sahaja dibenarkan untuk menyertai seminar ini. Seminar ini akan memberi gambaran ringkas terhadap program RIZH dan apakah langkah-langkah untuk menjadi pemegang lesen RIZH. Taklimat dan seminar ini adalah PERCUMA.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pengarah Urusan RIZH, Encik Hilmi Ismail : 012 9522 788

Langkah – langkah untuk menjadi pemegang lesen RIZH :

  1. Menghadiri seminar program Raudhah Imtiaz (RIZH)
  2. Menghadiri sesi temubual dengan pengasas RIZH
  3. Memohon lokasi untuk mendapat kelulusan RIZH
  4. Mendaftar sebagai pemegang lesen RIZH

Sebaik sahaja anda menjadi pemegang lesen RIZH, anda akan mendapat manafaat secara langsung tanpa bermula dari sifar. Antara siri latihan dan modul yang akan diberikan adalah seperti berikut :

  1. Prosedur Standard Pengajaran, Pembelajaran & Kualiti RIZH
  2. Prosedur Standard Pengurusan Operasi RIZH
  3. Modul Pembinaan Personaliti Muslim RIZH
  4. Modul Aktiviti KAFA & Transit RIZH
  5. Modul Bacaan Cemerlang RIZH
  6. Modul Aktiviti Soft Skill RIZH
  7. Modul Aktiviti Kreatif RIZH
  8. Modul Akademik RIZH

Format mengajar yang mantap dan lengkap untuk memastikan pengajaran RIZH berlangsung dengan sempurna dan mampu diduplikasi oleh semua Pusat Bertauliah RIZH.

Membekalkan modul dan standard kualiti lengkap yang disampaikan melalui latihan dan bahan bercetak hakcipta RIZH.

Harga Lesen RIZH adalah yang terendah di pasaran, kualiti dijamin dan suatu nilai pelaburan yang amat berbaloi.

CARA MEMOHON UNTUK HADIRI SEMINAR TRIZ

Klik Register dan isi butiran yang terkandung di dalamnya untuk memohon bagi menghadiri seminar RIZH. Anda boleh email resume lengkap anda beserta sekeping foto ukuran passport. Tulis subjek e-mail sebagai ‘Permohonan Hadiri Seminar RIZH. Jika anda terpilih, anda akan menerima jawapan dan jemputan eksklusif RIZH untuk seminar dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Kami menghormati kerahsiaan maklumat yang diberikan. Ia adalah semata-mata untuk kegunaan RIZH.

Ingin sertai ‘Licensee’ Perniagaan RIZH ?

Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd mencari mereka yang ingin bergabung dengan kami melalui penglibatan keusahawan dibawah jenama RIZH. Isi borang di sebelah dan kami akan hubungi anda semula. Untuk mendapat respond permohonan segera boleh Whatsapp ke 012 9522 788

[]
1 Step 1
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder
Follow TRIZ di media sosial:
Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd

6742, Jalan Pengkalan Sir, 24000, Cukai, Kemaman, Terengganu.

raudhahimtiaz01@gmail.com

Privacy Policy Terms and Conditions © Copyright. Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd | All Right Reserved. fidodesign.net - Malaysia Freelance Web DesignerPapadom Marketing - Digital Marketing Expert Malaysia

Back To Top


"Pilihan terbaik untuk anak kite"

Copyright © Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd. All Rights Reserved. fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer Papadom Marketing - Digital Marketing Expert Malaysia

error: Content is protected !!