skip to Main Content

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum.. ungkapan selamat datang dan penghargaan tidak terhingga kepada pengunjung yang telah sudi melawati website kami..

Segala pujian hanya untuk Allah swt yang maha pengasih lagi penyayang yang telah mencetuskan idea penubuhan Raudhah Imtiaz (RIZH).. jua selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabatnya yang telah menunjukkan jalan untuk dirintis oleh kita dipersada pendidikan awal kanak-kanak ini. Sesungguhnya segala kebaikan jua dari Allah dan dari petunjuk suri teladan junjungan besar nabi Muhammad saw.

Jutaaan terimakasih yang tidak terhingga kepada pengunjung yang sudi lawati website ini. Samada anda berkunjung ke sini adalah bertujuan untuk mencari maklumat tentang tadika yang sesuai untuk anak anda atau sebagai guru yang sedang mencari peluang pekerjaan atau sebagai usahawan yang sedang mempertimbangkan untuk membuka tadika sendiri. Walau apapun tujuan dan matlamat kunjungan anda buat sekian kalinya kami ucapkan salam perkenalan, salam sejahtera dan ucapan penghargaan yang tidak terhingga buat anda dari kami Warga RIZH.

Anda sebenarnya telah berada di laman web yang tepat untuk lebih memahami pendidikan awal kanak-kanak di atas jenama Raudhah Imtiaz (RIZH) ™.

Misi pendidikan kami ialah untuk melahirkan seramai mungkin anak-anak yang mendapat pendidikan awal kanak-kanak yang seimbang dari sudut pendidikan Islam dan akademik. Menerapkan nilai-nilai Islam dalam setiap aspek aktiviti melalui modul pendidikan yang lengkap dan bersepadu sesuai dengan aspirasi ibu bapa, masyarakat dan kurikulum bersepadu pra sekolah kebangsaan.

Misi perniagaan kami ialah untuk melahirkan seramai mungkin usahawan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang mempunyai aspirasi dan cita-cita yang seiring dengan kami. Menyediakan tapak dan peluang perniagaan yang cukup berbaloi untuk dilaburkan sesuai dengan jenama dan pengalaman kami melebih 20 tahun di persada pendidikan awal kanak-kanak ini.

Melalui tawaran modul latihan bersepadu, kandungan kaedah, sop operasi dan sistem pendidikan lengkap yang telah terbukti berkesan serta bantuan promosi atas jenama Raudhah Imtiaz (RIZH) ini inshAllah kami amat yakin anda berada di landasan yang tepat dan terbaik untuk berjaya. Matlamat kami jenama Raudhah Imtiaz (RIZH) akan berkembang ke seluruh negeri di Malaysia seterusnya bakal menembusi pasaran negara-negara Asean pada masa yang akan datang.

Kepada ibubapa yang mencari tadika jenama Raudhah Imtiaz di lokasi berhampiran anda boleh kunjungi halaman Pusat Bertauliah & Cawangan RIZH untuk mengisi borang pendaftaran secara online dan mendapat info lanjut maklumat melalui alamat dan talian langsung Guru Besar RIZH yang berhampiran lokasi anda.

Kepada usahawan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran peluang bisnes melalui jenama Raudhah Imtiaz anda boleh lawati halaman Peluang ‘Licencee’ Bisnes RIZH.

Kepada guru yang berhasrat untuk menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak bersama kami, anda boleh kunjungi halaman Jawatan Kosong RIZH.

Di samping itu anda boleh meneliti dan menghayati susur galur perkembangan RIZH sejak ia ditubuhkan sehingga ke hari ini melalui halaman Sejarah Perkembangan Dan Info Syarikat RIZH. Untuk mengetahui tentang program RIZH anda boleh lawati halaman Modul Dan Program Pendidikan RIZH. Seterusnya anda boleh melihat foto-foto aktiviti di halaman Galeri Foto RIZH, untuk melihat aktiviti yang telah dan bakal berlangsung RIZH boleh kunjungi halaman Galeri Video Aktiviti Dan Program Terkini RIZH dan untuk meneliti kekuatan TRIZ melalui pengalaman pelajar, guru dan ibubapa di halaman Galeri Video Pencapaian Dan Testimoni RIZH

Untuk akhirnya, jutaan terima kasih sekali lagi kami ucapkan buat anda di atas kunjungan dan minat anda terhadap Raudhah Imtiaz (RIZH). Semoga perkenalan kita kali ini akan memberi 1001 manafaat buat kita semua. InshAllah.

Jazakumullahu khairan, wassalam.

Daripada:

Pengarah Urusan,
Tadika Raudhah Imtiaz Holding Sdn Bhd

Ingin sertai ‘Licensee’ Perniagaan RIZH ?

Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd mencari mereka yang ingin bergabung dengan kami melalui penglibatan keusahawan dibawah jenama RIZH. Isi borang di sebelah dan kami akan hubungi anda semula. Untuk mendapat respond permohonan segera boleh Whatsapp ke 012 9522 788

[]
1 Step 1
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder
Follow TRIZ di media sosial:
Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd

6742, Jalan Pengkalan Sir, 24000, Cukai, Kemaman, Terengganu.

raudhahimtiaz01@gmail.com

Privacy Policy Terms and Conditions © Copyright. Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd | All Right Reserved. fidodesign.net - Malaysia Freelance Web DesignerPapadom Marketing - Digital Marketing Expert Malaysia

Back To Top


"Pilihan terbaik untuk anak kite"

Copyright © Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd. All Rights Reserved. fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer Papadom Marketing - Digital Marketing Expert Malaysia

error: Content is protected !!