skip to Main Content
Pengasas Syarikat

Tadika Raudhah Imtiaz telah berada hampir  selama  20 tahun dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak iaitu sejak tahun 2001. Kini ia didaftarkan dengan nama Raudhah Imtiaz Holding Sdn Bhd pada 19 September 2019 dengan cop dagang (Trademark), Raudhah Imtiaz.


Alamat pejabat dan tadika Raudhah Imtiaz induk sebagai model contoh tadika ini adalah di 6742, Jalan Pengkalan Sir, 24000, Cukai, Kemaman, Terengganu.

Encik Hilmi Bin Ismail
Pengasas & Pengarah Urusan

Beliau adalah pengasas Tadika Raudhah Imtiaz yang ditubuhkan pada bulan Februari 2001 yang ketika itu dikenali sebagai Tadika Tahfiz Bistari (TTB). Idea penubuhannya tercetus bila mana melihat suatu vacum yang ketara untuk pendidikan awal kanak-kanak berteraskan gabungan kecemerlangan akademik dan syakhsiah Islam khususnya di daerah Kemaman.

Beliau menggabungkan idea kecemerlangan akademik, pembinaan syakhsiah Islam dan soft skill terhadap pelajar dalam satu modul di Tadika Raudhah Imtiaz ini. Penekanan pembelajaran di Tadika Raudhah Imtiaz menekan keutamaan penguasaan bacaan Bahasa Melayu, bacaan Bahasa Inggeris, bacaan Qiraati (Al Quran) dan Jawi di samping penguasaan subjek-subjek akademik yang lain. Pembinaan syakhsiah mulia di terapkan melalui modul Santapan Jiwa Pagi (SJP) dan Pesanan Sebelum Pulang (PSP). Juga menekankan kepada penguasaan praktikal ibadat, hafazan surah dan doa-doa lazim harian.

Beliau kini menjadi tonggak penting dalam memantau prestasi para pelajar dan guru-guru Raudhah. Juga bertanggungjawab dalam perancangan aktiviti tahunan Raudhah serta penubuhan cawangan baru, komunikasi dengan ibu bapa dan pihak luar.

Beliau pemegang Sarjana Syariah (Masters), ijazah sarjana Muda Syariah dan Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya. Pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang sebelum dilantik sebagai pensyarah di Kolej Universiti TATI (TATIUC) selama 15 tahun sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2013.

Aktif memegang pelbagai jawatan di peringkat sekolah dan persatuan di universiti. Dalam masyarakat pernah terlibat dan memimpin pelbagai Ngo’s di peringkat negeri dan kebangsaan. Pembimbing usahawan di Pantai Timur dalam bisnes networking sehingga ke hari ini.

Kini memimpin Raudhah Imtiaz untuk melebarkan demensi baru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan keusahawanan untuk melahirkan usahawan-usahawan muslim yang berkeazaman untuk berjaya dalam bidang ini.

Puan Teh Sofia Binti Sidek
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif

Beliau merupakan tonggak kekuatan Tadika Raudhah Imtiaz. Ibu kepada 6 orang cahaya mata ini adalah seorang yang tidak jemu-jemu dalam menimba ilmu pendidikan. Beliau adalah individu yang sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan Tadika Raudhah Imtiaz berjalan dengan sebaik mungkin.

Pemegang ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya, Diploma Pendidikan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (kini dikenali sebagai UNISZA). Pernah berkhidmat sebagai guru dan kaunselor di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang dan Sekolah Menengah Agama Al Falah, Kemaman, Terengganu. Kini beliau aktif sebagai penulis cerpen dan buku cerita kisah kehidupan berkait dengan ketuhanan.

Mengikuti lebih dari 20 kursus pendidikan pra sekolah. Menceburkan diri dalam bidang pendidikan Pra Sekolah selama 7 tahun setelah meletak jawatan sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Al Falah, Kemaman, Terengganu pada bulan Januari 2003.

Namun pertaruhannya meletak jawatan sebagai guru amat berbaloi dengan ‘sentuhannya’ Tadika Raudhah Imtiaz kini telah mampu tegak berdiri dengan jayanya sehingga berjaya memiliki bangunan sendiri pada tahun 2007 yang didirikan di atas sebidang tanah berkeluasan ¾ ekar di Bandar Cukai, Kemaman.

Beliau adalah Pengurus Tadika Raudhah bertanggungjawab dalam memastikan operasi Tadika Raudhah berjalan lancar. Terlibat secara langsung dalam pembinaan peribadi guru dan para pelajar Tadika Raudhah Imtiaz. Disegani oleh setiap Warga Raudhah dengan keperibadian dan kepimpinannya.

Panggilan mesra Kak Teh di kalangan kakitangan dan Ibubapa manakala panggilan Umi Raudhah dikalangan para pelajar.

Ingin sertai ‘Licensee’ Perniagaan RIZH ?

Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd mencari mereka yang ingin bergabung dengan kami melalui penglibatan keusahawan dibawah jenama RIZH. Isi borang di sebelah dan kami akan hubungi anda semula. Untuk mendapat respond permohonan segera boleh Whatsapp ke 012 9522 788

[]
1 Step 1
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder
Follow TRIZ di media sosial:
Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd

6742, Jalan Pengkalan Sir, 24000, Cukai, Kemaman, Terengganu.

raudhahimtiaz01@gmail.com

Privacy Policy Terms and Conditions © Copyright. Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd | All Right Reserved. fidodesign.net - Malaysia Freelance Web DesignerPapadom Marketing - Digital Marketing Expert Malaysia

Back To Top


"Pilihan terbaik untuk anak kite"

Copyright © Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd. All Rights Reserved. fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer Papadom Marketing - Digital Marketing Expert Malaysia

error: Content is protected !!