skip to Main Content

PROGRAM RIZH

Berbekalkan pengalaman melebihi 20 tahun Raudhah Imtiaz (RIZH) menjadi suatu azimat yang cukup berharga untuk bersaing di dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. Pelbagai kaedah pendidikan terbaik yang telah didokumentasikan menjadi standard prosedur operasi (SOP) di samping pelbagai modul pendidikan telah dihasilkan untuk menjulang kualiti pendidikan RIZH antara institusi pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik di negara ini.

Saban tahun pelbagai anugerah telah dicapai oleh RIZH antaranya :

  • 2013 : Top 10 Anugerah Keceriaan Dan Kebersihan Tadika Swasta Peringkat Negeri Terenganu, anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
  • 2014 : Tempat Ke 3 Keseluruhan Anugerah Keceriaan Dan Kebersihan Tadika Swasta Peringkat Negeri Terengganu, anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
  • 2015 : Pencapaian Dan Pengiktifaran Gred A, 91% Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK)
  • 2016 : Tadika Swasta Terbaik Daerah Kemaman Dan Tadika Swasta Contoh Negeri Terengganu.
  • 2017 : Tadika Swasta Contoh Negeri Terengganu.
  • 2018 : Tadika Swasta Terbaik Dan Contoh Negeri Terengganu.

Justeru itu, dari fakta ini RIZH yakin mempunyai keunikan dan kekuatan tersendiri untuk bersaing dengan jenama-jenama terkenal pendidikan awal kanak-kanak di negara ini.

Matlamat Pendidikan RIZH

  1. Melahirkan generasi al quran yang beriman, berilmu dan beramal
  2. Melahirkan pelajar muslim yang mempunyai pengetahuan asas Islam dan praktikal ibadat yang kuat
  3. Melahirkan pelajar muslim yang mempunyai asas pendidikan akademik yang mantap melebihi usianya
  4. Melahirkan pelajar muslim yang mampu menguasai asas bacaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi dan al Quran yang baik
  5. Melahirkan pelajar muslim yang mempunyai akhlak terpuji dan personaliti terbaik dengan asas penekanan modul ‘Soft Skill’ RIZH
  6. Mengilap pelbagai bakat dan potensi pelajar di peringkat awal kanak-kanak.

Misi Kurikulum RIZH

Menjayakan 6 matlamat pendidikan RIZH.

Misi Usahawan RIZH

Melahirkan  seramai mungkin usahawan yang berjaya bersama RIZH dan mampu memberikan pendidikan prasekolah yang berkualiti tinggi buat masyarakat.

Apakah Program RIZH ?

Program Raudhah Imtiaz (RIZH) menampilkan pencapaian pendidikan bersepadu antara asas pendidikan Islam dan akademik kepada pelajar. Penekanan pembelajaran kreatif dan berkesan. Menampilkan standard prosedur operasi dan modul yang lengkap untuk semua aktivitinya. Sekaligus memudahkan proses duplikasi berlaku dalam semua aspek terutama antara pemilik dan pemegang lesen RIZH.

Program RIZH juga bermatlamat untuk membantu pelajar prasekolah mencapai tunjang matlamat kurikulum pendidikan prasekolah kebangsaan dari aspek kerohanian, komunikasi, sains dan teknologi, sosio emosi, fizikal dan estetika mereka.

Melalui program RIZH juga para guru akan dilengkapi dengan kaedah pengajaran terkini dan terbaik yang telah terbukti mampu melahirkan pelajar yang mendahului usianya dari aspek akademik dan pendidikan Islam.

Melalui program RIZH juga para usahawan dan pelabur akan memperolehi panduan lengkap dan terbimbing untuk memastikan mereka berjaya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini.

Falsafah Pendidikan RIZH

  1. RIZH mempercayai kaedah pendidikan terbaik adalah sebagaimana kaedah yang ditunjukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw.
  2. RIZH mempercayai bahawa anak-anak prasekolah umpama kain putih yang teramat mudah untuk dicorakkan dengan nilai-nilai positif dan terpuji menurut akhlak Islam.
  3. RIZH mempercayai bahawa pengetahuan sains dan alam semulajadi adalah pendekatan terbaik untuk pelajar prasekolah memahami nilai-nilai tauhid dan kebesaran Allah swt.
  4. RIZH mempercayai anak-anak prasekolah punyai potensi yang tinggi untuk diasuh dan digilap berasaskan kekuatan semulajadi seseorang pelajar tersebut untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
  5. RIZH mempercayai perkembangan pemikiran anak-anak prasekolah adalah saat yang paling pesat dan perlu dijana dengan ilmu-ilmu asas terbaik bagi membentuk personaliti yang terpuji.

Matapelajaran Dan Modul Pendidikan RIZH

RIZH telah menyusun silabus dan modul mata pelajaran berdasarkan perkembangan terkini laporan pencapaian pelajar dan disesuaikan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Silibus dan modul ini telah ditambah nilai sejak 20 tahun yang lalu untuk menjamin kekuatan dan kualitinya terutama dalam penyampaian isi pembelajaran yang paling berkesan kepada pelajar. Semua modul dan bahan pembelajaran ini dibukukan melalui buku-buku cetakan RIZH sejak sekian lama.

Antara mata pelajaran yang terkandung di dalam silibus RIZH ialah :

Modul Bacaan RIZH

  1. Bacaan Cemerlang Raudhah (BCR) – Kaedah Bahasa Melayu RIZH
  2. Raudhah Reading Skill (RRS) – Kaedah Bacaan Bahasa Inggeris RIZH
  3. Qurani Cemerlang Raudhah (QCR) – Kaedah Bacaan al Quran RIZH
  4. Jawi Cemerlang Raudhah (JCR) – Kaedah Bacaan Jawi RIZH

Modul Akademik RIZH

  1. Bahasa Melayu Kaedah RIZH
  2. Bahasa Inggeris Kaedah RIZH
  3. Matematik Kaedah RIZH
  4. Sains Kaedah RIZH

Modul Pembinaan Peribadi RIZH

  1. Hafazan Kaedah RIZH
  2. Pendidikan Islam Kaedah RIZH
  3. Praktikal Ibadat Kaedah RIZH
  4. Santapan Jiwa Pagi Kaedah RIZH
  5. Pesanan Sebelum Pulang Kaedah RIZH
  6. Modul Soft Skill Kaedah RIZH

Modul Sokongan RIZH

  1. Kesenian Dan Kraftangan Kaedah RIZH
  2. Kemahiran Hidup Kaedah RIZH
  3. Pendidikan Jasmani Kaedah RIZH
  4. Taekwondo, silat dan memanah.
  5. Aktiviti Tahunan & Projek Bermodul RIZH

Jadual Sesi Perkhidmatan RIZH

  • Sesi Pembelajaran Rasmi : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
  • Sesi Transit Beraktiviti : 1.00 Petang – 6.30 Petang

Pendekatan Dan Kekuatan Program RIZH

  1. Nisbah guru murid yang kecil dan terbimbing, 1 orang guru : 15 orang pelajar.
  2. Mampu menghasilkan pelajar yang boleh membaca dan menulis 4 subjek fokus seawal usia 4 tahun. Dan pencapaian 95% bacaan untuk pelajar 6 tahun RIZH sejak 10 tahun yang lalu.
  3. Miliki pelbagai modul pendekatan dan kolaborasi antara guru – ibubapa untuk kecemerlangan anak.
  4. Modul pembinaan peribadi muslim yang terbaik dan terbukti mampu melahirkan keperibadian terpuji di peringkat prasekolah lagi.
  5. Modul pembinaan ‘Soft Skill’ yang lengkap dan amat diperlukan untuk mengasah bakal awal anak anda.
  6. Menampilkan pendekatan pembelajaran menarik, hiburan, kreatif dan penuh keseronokan melalui pendekatan belajar sambil bermain RIZH.
  7. Format mengajar yang mantap dan lengkap untuk memastikan pengajaran RIZH berlangsung dengan sempurna dan mampu diduplikasi oleh semua pusat Bertauliah RIZH.
  8. Membekalkan modul dan standard kualiti lengkap yang disampaikan melalui latihan dan bahan bercetak hakcipta terpelihara.
Ingin sertai ‘Licensee’ Perniagaan RIZH ?

Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd mencari mereka yang ingin bergabung dengan kami melalui penglibatan keusahawan dibawah jenama RIZH. Isi borang di sebelah dan kami akan hubungi anda semula. Untuk mendapat respond permohonan segera boleh Whatsapp ke 012 9522 788

[]
1 Step 1
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder
Follow TRIZ di media sosial:
Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd

6742, Jalan Pengkalan Sir, 24000, Cukai, Kemaman, Terengganu.

raudhahimtiaz01@gmail.com

Privacy Policy Terms and Conditions © Copyright. Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd | All Right Reserved. fidodesign.net - Malaysia Freelance Web DesignerPapadom Marketing - Digital Marketing Expert Malaysia

Back To Top


"Pilihan terbaik untuk anak kite"

Copyright © Raudhah Imtiaz Holding Sdn. Bhd. All Rights Reserved. fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer Papadom Marketing - Digital Marketing Expert Malaysia

error: Content is protected !!