JAWATAN KOSONG RIZH
Laman ini memenuhi keperluan untuk mereka yang ingin memohon jawatan di Pusat Bertauliah Raudhah Imtiaz (RIZH). Ciri-ciri kakitangan yang diperlukan ialah memiliki kasih sayang dan minat yang tinggi terhadap pendidikan kanak-kanak, sanggup belajar untuk menjadi kakitangan cemerlang yang menepati syariat Islam. Kakitangan yang mampu mewujudkan suasana tadika sebagai kenangan terindah dan paling manis buat kanak-kanak.
Kami ingin mengembangkan sayap kami ke seluruh pelosok negeri di Malaysia dan di peringkat Asean. Melalui perkembangan ini kami memerlukan tenaga-tenaga yang berkualiti dari pelbagai latar belakang dan kelayakan untuk sama-sama mengorak langkah kejayaan bersama kami. Antara jawatan yang boleh anda pohon ialah :
- Guru Tadika
- Guru Besar Tadika
- Pembantu Guru Tadika
Jika anda berminat dan punyai kelayakan seperti yang tertera di atas, anda boleh memohon jawatan ini. Sila ISI RESUME anda DI RUANGAN REGISTER. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Terima kasih kerana mengemukakan permohonan anda.